i.
Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998.
Akta ini merupakan sendi kepada semua
undang-undang siber di Malaysia. Ia
menghuraikan mengenai dasar pembangunan ICT bagi negara ini. Dalam akta ini
disenaraikan 10 objektif dasar nasional bagi industri komunikasi dan multimedia
(Sila rujuk Akta untuk perinciannya, atau buku Mengenali Undang-undang Media
dan Siber).
ii.
Akta Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia 1998
Akta ini membolehkan penubuhan sebuah
suruhanjaya untuk mengendalikan urusan berkaitan dengan jaringan seperti
internet.
iii.
Akta Tandatangan Digital
1997.
Akta ini digubal untuk membolehkan diterima
secara sah segala urusan melalui online termasuk
penggunaan tandatangan secara digital.
Tujuan utamanya ialah sebagai usaha meningkatkan e-commerce atau e-dagang.
iv.
Akta Jenayah Komputer 1997.
Tujuan utama akta ini ialah untuk melengkapkan
undang-undang jenayah khususnya berkaitan dengan jenayah yang dilakukan melalui
jaringan komputer.
v.
Akta Teleperubatan 1997
Akta ini membolehkan para doktor dan pengamal
perubatan lain menggunakan jaringan internet untuk menjalankan operasi
perubatan dari jarak jauh.
v i.
Akta Hak Cipta (Pindaan)
1997.
Akta ini memasukkan unsur-unsur yang berkaitan
dengan hakcipta dalam Akta induk.
vi i.
Akta Perdagangan Elektronik
2006
Akta Perdagangan Elektronik 2006 mengiktiraf
dari segi undang-undang semua transaksi yang dijalankan secara elektronik
tetapi pada masa yang sama tidak menghalang transaksi secara konvensional
vii i.
Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik
2007
Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007
mengadakan peruntukan bagi pengiktirafan undang-undang mesej elektronik dalam
urusan Antara Kerajaan dengan orang awam.
No comments:
Post a Comment