Keburukan Internet
1. Ketidaktepatan Maklumat
- Terdapat maklumat yang ditulis melalui internet tidak tepat, berunsur fitnah dan tidak
diketahui sumber.
2. Virus/Malware/Worm/Trojan
- Menjadi platform untuk menyebarkan segala virus, malware, worm atau trojan. Kekurangan pengetahuan mengenai keselamatan akan mendedahkan pengguna kepada serangan virus.
3. Bahan-bahan yang Tidak Bermoral
- Menjadi tempat lambakan bahan-bahan yang tidak bermoral dan tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.
4. Isu Keselamatan
-Kerahsiaan maklumat dan data peribadi seperti perbankan sukar untuk dijangka keselamatan. Pelayan mudah digodam oleh mereka yang mahir.
5. Pembaziran Masa dan Melalaikan
- Penumpuan masa yang lebih terhadap mainan alam maya, sembang maya dan melayari laman- laman yang tidak berfaedah.
No comments:
Post a Comment